suria

Serangan Suruc: IS Disyaki Bertanggungjawab Sebabkan Lebih 30 Maut

Ahli keluarga dan rakan mengebumikan Osman Cicek dan Kasim Deprem, dua mangsa yang terkorban dalam letupan di Suruc pada Isnin.

ANKARA: Sekurangnya-kurangnya 32 maut dan hampir 100 yang lain cedera dengan majoriti membabitkan pelajar universiti dalam serangan pengebom berani mati di pusat kebudayaan Turki.

Kejadian itu berlaku ketika aktivis sedang mengadakan mesyuarat bagi misi bantuan untuk bandar Kobane di Syria.

Persekutuan Persatuan Belia Sosialis (SGDF) melaporkan, kira-kira 300 ahli berada di dalam Pusat Kebudayaan Amara di Suruç ketika letupan berlaku.

Aktivis di kalangan pelajar itu sedang merancang untuk memasuki Syria bagi membantu membina semula Kobane, yang dirampas kumpulan militan Negara Islam (IS) selama beberapa bulan sebelum ditawan semula pejuang Kurdish, Januari lalu.

Perdana Menteri Turki, Ahmed Davutoglu berkata, suspek disyaki mempunyai jaringan dengan IS dan pihak keselamatan sedang berusaha untuk mengenal pasti hubungan itu.

"Kabinet akan bermesyuarat pada Rabu untuk membincangkan langkah terbaik untuk meningkatkan tahap keselamatan di sempadan negara itu," katanya.


Suruc, IS, Syria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain