suria

Perancis Gagalkan Serangan Terhadap Tenteranya

Bernard Cazeneuve

PARIS: Perancis berjaya menggagalkan rancangan menyerang tentera negara itu dan menyembelih tebusan, kata Kementerian Dalam Negeri.

Menterinya, Bernard Cazeneuve memberitahu wartawan, empat suspek berjaya ditahan hasil risikan telah merancang untuk menyerang kemudahan tentera.

Kesemua suspek berusia 16 hingga 23 tahun itu ditahan di lokasi berasingan dan salah seorang daripada mereka merupakan bekas tentera laut.

Berita mengenai penahanan berkenaan dikeluarkan selepas Presiden Perancis, Francois Hollande memberitahu pihak berkuasa berjaya menggagalkan serangan beberapa hari lalu.

"Pada minggu ini, kami telah menggagalkan rancangan pengganas untuk melakukan serangan," kata Hollande.

Perancis

Artikel Sebelum

Artikel Lain