suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singa Terlepas Dari Zoo Bunuh Mangsa Pertama

Pasukan keselamatan khas dikerah untuk memburu singa yang mengakibatkan kematian seorang lelaki, Rabu.

TBILISI: Seekor singa yang terlepas dari zoo di sini yang musnah akibat banjir hujung minggu lalu kini diburu apabila dipercayai membunuh seorang lelaki pada Rabu, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri.

"Seekor singa dari Zoo Tbilisi membunuh seorang lelaki" di kawasan dataran di tengah bandar ini, katanya kepada AFP.

Sehubungan itu, pasukan khas polis dikerah untuk memburu haiwan itu.

Media tempatan memaklumkan, singa itu dipercayai bersembunyi dalam sebuah gudang sebelum berkeliaran di bandar itu.

Banjir melanda bandar ini pada Ahad mengakibatkan 17 terkorban dan memusnahkan sebahagian bandar itu termasuk zoo di mana ratusan haiwan terlepas, termasuk harimau, serigala dan badak air.


zoo, Tbilisi, singa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain