suria

Pendatang Haram Sembunyi Di Celah Enjin Panas

PIHAK berkuasa Sepanyol terkejut apabila menemui seorang pendatang haram bersembunyi di ruang enjin sebuah kereta ketika ingin memasuki negara berkenaan.

Lelaki berusia 23 tahun itu sanggup bersembunyi di celah enjin kereta yang panas demi memasuki negara berkenaan.

Pemuda yang ingin diseludup masuk ke Sepanyol itu dikatakan berasal dari Guinea.

Ketika kejadian lelaki tersebut cuba menyeberangi sempadan di antara Maghribi dan di bahagian wilayah Utara Afrika Sepanyol di Ceuta pada Khamis.

Pemuda berkenaan dikesan memasukkan kepalanya di dalam bonet kereta bersebelahan enjin panas manakala kakinya diletakkan di sebelah pencuci cermin hadapan.

Pemandu kereta tersebut yang merupakan lelaki Maghribi berusia 30 tahun cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

Pada bulan lalu, seorang remaja Maghribi yang menyeludup masuk seorang kanak-kanak yang di letakkan di dalam beg ditahan pihak polis di sempadan yang sama.

Imej mengejutkan mengenai Adou Ouattara yang dimasukkan ke dalam beg tersebar di seluruh dunia.

Bapa kepada kanak-kanak tersebut, Ali, 43 yang cuba melarikan diri dengan menyeberangi sempadan Tarajal yang sedang sibuk berjaya ditangkap sejam kemudian.

Remaja yang cuba membawa masuk kanak-kanak tersebut dibawa ke pusat penjagaan sementara sebelum dibenarkan pulang kepada ibunya, Lucie yang menetap di Fuerteventura di Kepulauan Canary.

Bapa kanak-kanak tersebut pula dilepaskan selepas ujian DNA yang dibuat membuktikan Adou merupakan anaknya tetapi lelaki tersebut akan dibicarakan kerana pencabulan hak asasi manusia terhadap warga asing.


Sepanyol, Maghribi

Artikel Berikut

Artikel Lain