suria

Nahas Roller Coaster: Remaja Lelaki Patah Kedua Belah Kaki

SEORANG remaja lelaki patah kaki selepas terbabit dalam kemalangan semasa menaiki permainan 'roller coaster' di taman tema Alton Towers, England pada Selasa lalu.

Portal Mirror melaporkan Joe Pugh, 18, dikatakan patah kedua belah kakinya manakala remaja perempuan, Leah Washington, 17, yang dibawanya untuk berdating buat kali pertama pada hari kejadian mengalami kecederaan parah.

Seramai 16 orang cedera dalam kemalangan di Alton Towers apabila gerabak 'roller coaster' yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi gerabak kosong yang ketika itu sedang menjalani ujian pemeriksaan.

Joe dan Leah antara mangsa yang cedera parah dalam nahas 'roller coaster' di taman tema, Alton Towers di England pada Selasa lalu.

Dilaporkan, rakan-rakan memberitahu bahawa mereka baharu sahaja mengenali selama empat hari dan Joe Pugh dikatakan tidak sabar-sabar untuk membawa Leah ke taman tema itu.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Merlin Entertainments yang mengendalikan taman tema itu dilaporkan memberitahu Channel Four News bahawa beliau tidak menolak kecuaian merupakan punca tragedi yang berlaku.

Joe dan Leah dikatakan duduk di bahagian hadapan gerabak 'roller coaster' yang dinaiki mereka semasa kejadian sebelum ia merempuh sebuah lagi gerabak pada kelajuan 81 kilometer sejam di landasan yang sama. - MIRROR

Artikel Lain