suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bunuh Anak Kerana Pasangan Lesbian

SEORANG kanak-kanak perempuan maut dibunuh ibu kandungnya selepas wanita itu mendapat arahan daripada pasangan lesbianya.

Dalam kejadian di Chadwell Heath, Essex, London itu, mangsa, Ayesha Ali, 8, didakwa didera secara rakus oleh ibunya  Polly Chowdhury, 35 sehingga mati.

Siasatan polis mendapati, Chowdhury bertindak demikian selepas teman wanitanya. Kiki Muddar mendapati tubuh kanak-kanak berkenaan telah dimasuki roh jahat.

Akibat percayakan pasangan lesbianya itu Chowdhury telah memukul anaknya sehingga mati di dalam tandas.

Jiran pasangan lesbian itu mendakwa, mereka terdengar jeritan kanak-kanak terbabit dari tandas rumah tersebut pada hari kejadian, namun tidak berdaya untuk membantu.

Berikutan kejadian yang berlaku pada Ogos 2013 itu, mahkamah akan menjatuhkan hukaman mati terhadap pesalah pada Khamis.

Bunuh, Lesbian

Artikel Lain