suria

Boko Haram Sembelih Dua Pengintip

KUMPULAN militan Nigeria, Boko Haram mendedahkan video mengejutkan apabila mereka menyembelih dua lelaki yang didakwa sebagai pengintip.

Dalam klip video itu, seroang lelaki telah membuat ucapan sama seperti yang dilakukan militan Negara Islam (IS) sebelum menyembelih tahanan mereka.

Hukuman ngeri bertajuk "penghapusan pengintip' itu turut menjadi sebahagian daripada video yang dikongsi oleh IS di laman sosialnya.

Dua lelaki yang disembelih itu didakwa telah ditugaskan oleh polis Nigeria untuk menyalurkan maklumat tentang kumpulan berkenaan.

Tahanan didakwa dikenali sebagai Dawoud Muhammad dan Muhammad Awlu.

Boko Haram, Nigeria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain