suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerhana Matahari Halang 94 Peratus Sinaran Matahari Di UK

SEBAHAGIAN besar beberapa kawasan di United Kingdom (UK) akan bergelap semasa kejadian fenomena gerhana matahari yang dijangka berlaku bulan depan.

Gerhana matahari merupakan satu fenomena membabitkan matahari yang sedang bersinar, secara perlahan-lahan menjadi gelap sebahagian atau keseluruhannya, kerana dihalang oleh bulan yang berada di antara matahari dan bumi.

Laluan bayangan bulan akibat berlakunya gerhana matahari penuh ini akan bermula di Utara Barat Scotland dan Iceland.

Fenomena itu yang diramalkan berlaku selama 90 minit pada 20 Mac depan.

Ia akan bermula kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan.

Terdapat pengurangan cahaya matahari sebanyak 94 peratus di utara Scotland manakala 84 peratus di London yang dijangka bermula pada pukul 8.45 pagi.

UK akan melihat fasa separa gerhana matahari ini.

Fasa gerhana penuh akan meliputi kawasan di pantai barat Isle of Lewis berhampiran Aird Uig.

Di kawasan tersebut kira-kira 98 peratus pancaran matahari akan mulai berkurangan di pertengahan fenomena tersebut kira-kira pukul 9.36 pagi waktu tempatan.

gerhana matahari, UK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bayi Lahir Dalam Ketuban

Artikel Lain