suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembelanjaan Untuk Arak Dan Rokok Meningkat

BANGKOK: Perbelanjaan untuk alkohol dan rokok di Thailand mencatat peningkatan ketara dalam tempoh suku keempat tahun lepas.

Menurut Laporan Pembangunan Sosial bagi suku keempat 2014, perbelanjaan untuk alkohol meningkat kepada 41.391 bilion baht, naik 2.1 peratus daripada tempoh sama pada 2013, manakala perbelanjaan untuk rokok bertambah 1.8 peratus kepada 4.817 bilion baht.

Laporan itu dikeluarkan Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial Kebangsaan (NESDB).

Laporan berkenaan menyatakan penggunaan alkohol dan rokok dalam kalangan wanita juga meningkat, dengan penggunaan alkohol dan rokok, masing-masing meningkat daripada 9.1 peratus dan 1.9 peratus pada 2013 kepada 12.9 peratus dan 2.2 peratus pada 2014.

Walaupun penggunaan alkohol dan rokok dalam kalangan belia menurun, namun usia purata mula merokok menurun iaitu daripada 16.8 tahun pada 2007 kepada 15.6 tahun pada 2014, menurut laporan itu.

Thailand, Arak, Rokok

Artikel Sebelum

Artikel Lain