suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Feri Karam: 69 Terkorban

Angka korban feri karam di Sungai Padma, Bangladesh kini mencecah 69 orang.

DHAKA: Jumlah kematian kejadian feri karam akibat berlanggar dengan kapal kargo di tengah Bangladesh pada Ahad meningkat kepada 69 orang apabila lebih banyak mayat ditemui daripada rangka feri itu.

Sebuah kapal penyelamat yang dilengkapi kren berjaya menarik feri itu ke permukaan air, membolehkan pasukan penyelam dari tentera laut dan jabatan bomba mencari mangsa yang terperangkap.

Laporan  AFP menyebut, usaha menyelamat dan mencari itu dijalankan tanpa henti sepanjang malam, iaitu sehari selepas kemalangan itu berlaku di Sungai Padma, antara yang terbesar di negara itu.

“Pagi ini, lebih banyak mayat ditemui dalam feri itu selepas ia dinaikkan ke permukaan air dan ditarik ke tebing. Jumlah korban kini ialah 69,” kata jurucakap polis, Inspektor Abdul Muktadir.

Feri itu adalah yang kedua karam dalam tempoh dua minggu di negara yang memang terkenal dengan kejadian kemalangan kapal.

Pegawai itu berkata, mereka tidak pasti jumlah penumpang yang hilang tetapi saksi berkata, lebih 150 orang berada di dalamnya ketika kemalangan.

Kira-kira 50 orang berjaya berenang ke tebing atau diselamatkan oleh kapal lain. 


Bangladesh, Sungai Padma, kargo

Artikel Lain