suria

IS Ancam Hantar 500,000 Pelarian Termasuk Ahlinya Ke Barat

KUMPULAN Negara Islam (IS) mengancam untuk menghartar seramai 500,000 pelarian yang terdiri daripada rakyat Libya ke barat sebagai perang psikologi.

Dailymail Online melaporkan, ancaman itu diperolehi selepas pintasan terhadap satu panggilan telefon dibuat, sebelum transkripnya didedahkan di Itali.

Pelarian dari Libya yang mula memasuki Itali.

Itali didakwa sebagai negara barat yang paling mudah dimasuki rakyat Libya berikutan terletak seberang laut dan dekat.

Berikutan ancaman itu, barat mula resah kerana bimbang akan berlaku limpahan pelarian yang akan mewujudkan suasana tidak aman.

IS juga merancang untuk menghantar ahlinya sebagai pelarian dengan menyeberangi lautan Mediterranean dan memasuki negara barat.

Empat tahun sebelum kejadian 21 penduduk Kristian Mesir di sembelih baru-baru ini, pemimpin Libya,  Muammar Gaddafi (gambar) telah meramalkan bahawa Mediterranean bakal menjadi lautan kacau-bilau.

Biarpun pemimpin terbabit telah dibunuh rakyatnya sendiri, namun kata-katanya didakwa bakal menjadi kenyataan.


Libya, IS, Itali

Artikel Sebelum

Air Terjun Niagara Membeku

Artikel Lain