suria

Militan Tunisia Serang Pemeriksaan Sempadan, Empat Polis Maut

Salah satu daripada empat jenazah pegawai polis yang terbunuh dalam serangan militan di bahagian pemeriksaan sempadan, diusung oleh orang ramai untuk upacara pengebumian. Foto AFP

TUNIS: Kira-kira 20 anggota kumpulan militan yang dikaitkan dengan al-Qaeda mengadakan serangan di bahagian pemeriksaan sempadan di tengah wilayah Kasserine di Tunisia, mengakibatkan empat pegawai polis maut, kata kerajaan pada Rabu.

Okba Ibn Nafaa, yang merupakan satu kumpulan militan kecil yang beroperasi di kawasan pergunungan di sepanjang sepanjang Algeria, merupakan dalang insiden serangan pada malam Selasa, kata jurucakap kementerian dalam negeri, Mohamed Ali Aroui kepada pemberita.

Tunisia baru-baru ini baru selesai dalam peralihannya kepada negara demokrasi selepas pemberontakan yang berlaku pada 2011. Bagaimanapun, timbul kebimbangan akibat kemunculan kumpulan militan yang bertindak mengadakan serangan.

"Kira-kira 20 pengganas menyerang bahagian pemeriksaan sempadan dan empat polis terbunuh. Mereka melepaskan tembakan dan melarikan senjata polis, kata jurucakap itu. - REUTERS 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain