suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cameroon Bunuh 86 Anggota Boko Haram

YAOUND: Tentera Cameroon mendedahkan pihaknya berjaya membunuh 86 anggota Boko Haram selain menahan 1,000 individu yang dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan militan tersebut.

Dalam operasi di Waza yang terletak bersempadan dengan Nigeria,  seramai lima anggota tentera Cameroon turut terbunuh, kata jurucakap Kementerian Pertahanan Didier Badjeck pada Isnin.

Boko Haram yang berpangkalan di Nigeria telah memperluaskan serangan ke negara-negara jiran seperti Cameroon dan Chad.

Sejak mencetuskan konflik pada 2009, dilaporkan seramai lebih 13,000 nyawa terkorban akibat pertempuran antara pihak berkuasa dengan kumpulan militan.

Sementara itu, Presiden Cameroon, Paul Biya ketika berucap pada mesyuarat Komuniti Ekonomi Afrika Tengah (ECCAS), menyeru masyarakat antarabangsa untuk menentang kumpulan militan.

"Kita perlu membasmi Boko Haram. Tapi ia bukanlah memerangi Islam atau perang salib terhadap Islam," kata Presiden Cameroon.

Cameroon, Boko Haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Balas Dendam: Mesir Serang Libya

Artikel Lain