Lelaki Buka Pintu Kecemasan Sebelum Pesawat Berlepas - Dunia | mStar

Lelaki Buka Pintu Kecemasan Sebelum Pesawat Berlepas

SINGAPURA: Seorang lelaki warga China bertindak membuka pintu kecemasan pesawat China Southern Airlines sebelum ia berlepas dari Lapangan Terbang Nanjing pada Isnin lalu, lapor media tempatan.

Menurut The Beijing News, tindakannya itu dibuat dengan serta-merta selepas dia menaiki pesawat bagi penerbangan ke Nanning, telah menggemparkan kru kabin dan penumpang lain yang sedang membuat persiapan untuk berlepas.

Tanpa memberi penjelasan mengenai tindakannya itu, lelaki yang tidak dikenali tersebut duduk di bahagian pintu yang terbuka sambil memandang ke luar.

Ketika kejadian, tiada seorang pun yang cuba untuk menghalang tindakannya itu, dan dia dapat membuka pintu kecemasan itu dengan muda, kata mereka yang menyaksikan insiden itu memetik laporan The South China Morning Post (SCMP).

Dilaporkan, kru kabin sedang sibuk membantu penumpang lain.

Ditanya mengapa dia membuka pintu tersebut, dia dipetik oleh SCMP sebagai berkata menjawab soalan itu: "Pintu ini tidak penting."

Syarikat penerbangan itu berkata, lelaki berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia tahu telah melakukan sesuatu yang salah, lapor SCMP.

Tindakan lelaki itu menyebabkan penerbangan terpaksa ditunda selama hampir sejam, lapor SCMP, sambil menambah bahawa ia akhirnya berlepas selepas melakukan pemeriksaan keselamatan yang menyeluruh.

The Beijing News melaporkan lelaki itu terpaksa menghabiskan cuti Tahun Baru Cina di dalam penjara, selepas polis menahannya di Lapangan Terbang Nanjing.

SCMP melaporkan menurut polis, lelaki itu akan ditahan selama 10 hari.

Tindakan lelaki itu merupakan kes yang sama telah dilakukan oleh beberapa penumpang warga China yang membuka pintu kecemasan pesawat.

Bulan lalu, seramai 25 penumpang warga China membuka pintu kecemasan di sebuah pesawat sebelum berlepas bagi menunjukkan kemarahan mereka kerana penerbangan ditunda, lapor Agence France Presse.

Pada 12 Disember tahun lalu, seorang penumpang warga China telah menyebabkan satu penerbangan China Eastern ditunda selama dua jam selepas cubaannya untuk keluar dari pesawat itu dengan cepat menggunakan pintu kecemasan.

Pada Disember lalu juga seorang lelaki warga China membuka pintu kecemasan di dalam pesawat Xiamen Air sejurus sebelum berlepas. Dia yang pertama kali menaiki kapal terbang dikatakan mahu menghirup udara segar. – Straits Times/ANN


pintu kecemasan , China Southern

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

QZ8501: Mayat Warga Malaysia Dibawa Pulang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain