Obama Sahkan Rakyatnya Ditawan IS Terbunuh - Dunia | mStar

Obama Sahkan Rakyatnya Ditawan IS Terbunuh

Kayla Jean Mueller

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada selasa mengesahkan kematian seorang rakyatnya yang menjadi tawanan kumpulan Negara Islam (IS) iaitu Kayla Jean Mueller.

Sehubungan itu, Obama bertekad untuk mengesan pembunuh pekerja kemanusiaan berusia 26 itu bagi mendapatkan pembelaan setimpal.

"Tidak kira berapa lama yang akan diambil, kerajaan Amerika Syarikat akan memburu dan membawa pembunuh Kayla ke muka keadilan," katanya dalam satu kenyataan.

Gadis dari Arizona itu ditawan oleh IS pada Ogos 2013 di Aleppo sebelum dijadikan tebusan.

Bagaimanapun, pada minggu lalu, IS mendedahkan bahawa Kayla telah terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan Jordan di Raqqa.

Selain itu keluarga Kayla turut melahirkan kekecewaan mengenai kematian gadis berkenaan.

"Kami sangat berbangga dengan Kayla yang bekerja sebagai pekerja kemanusiaan ketika dia bersama kami lagi.

"Bagaimanapun kini hati dan harapan kami hancur selepas mendapat tahu mengenai kematiannya," jelasnya keluarganya. 

Amerika Syarikat , IS

Artikel Sebelum

QZ8501: Mayat Warga Malaysia Dibawa Pulang

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain