suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan Rompak Bank Gagal, 13 Maut Ditembak Polis

BRASILIA: Cubaan sekumpulan 30 lelaki untuk merompak sebuah bank Salvador tidak kesampaian apabila 13 daripada mereka maut ditembak polis pada Jumaat.

Rancangan kumpulan tersebut untuk merompak gagal apabila risikan polis menerusi kerjasama dengan pihak bank terlebih dahulu berjaya menghidu gerakan mereka.

Berikutan itu, berlaku siri berbalas tembakan antara polis dan penjenayah sehingga menyebabkan seorang anggota pihak berkuasa berpangkat sarjan cedera.

Lima suspek turut mengalami kecederaan dan dua daripada mereka dilaporkan parah serta dirawat di hospital. Suspek lain pula berjaya ditahan.

Polis turut merampas sejumlah senjata berkaliber tinggi yang digunakan penjenayah untuk merompak.

Polis bagaimanapun menerima kritikan dengan didakwa menggunakan kekerasan dalam membendung jenayah di negara berkenaan.




 


Brazil, Polis, Rompak

Artikel Sebelum

Artikel Lain