suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja Jordan Tekad Gempur IS

TENTERA gabungan yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) untuk memerangi militan Negara Islam (IS) meningkatkan serangan udaranya terhadap kumpulan itu di Syria selepas Raja Jordan tekad untuk membalas dendam.

Raja Abdullah yang merupakan sekutu kuat AS dan London membuat keputusan untuk terus memerangi IS bagi membalas dendam terhadap kekejaman yang dilakukan militan tersebut ke atas juruterbangnya, Moaz al-Kasasbeh.

Bagaimanapun penduduk negara tersebut mempersoal tindakan Raja Abdullah yang sanggup mengeluarkan belanja tinggi bagi membiayai serangan udara berkenaan.

Moaz al-Kasasbeh dibakar hidup-hidup di dalam satu sangkar oleh kumpulan militan IS pada Selasa.

Video pembunuhan itu kemudian dimuat naik ke laman web kumpulan tersebut untuk disaksikan masyarakat dunia.

Kekejaman IS itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan, tetapi turut memaksa Jordan melakukan hukuman mati terhadap dua anggota militan yang berjaya ditahan.

Difahamkan, setakat ini, seramai 1,500 tentera Jordan sedia bertempur dengan IS dalam memerangi militan berkenaan di Iraq dan Syria.

Jordan, IS, Syria

Artikel Berikut

FBI Sahkan Kematian Marwan

Artikel Lain