suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jet Pejuang Bertembung, 10 Maut, 13 Cedera

ALBACETE, Sepanyol: Seramai 10 orang maut selepas dua buah pesawat pejuang F-16 bertembung dalam satu sesi latihan berhampiran sebuah kem tentera di sini pada Isnin.

Kemalangan yang menyebabkan seramai 13 lagi cedera itu berlaku ketika latihan diadakan oleh  Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di kem tentera Los Llanos di sini.

Daripada 10 mangsa yang maut, dua daripada mereka dipercayai juruterbang dan pembantu pesawat tempur berkenaan.

Identiti penuh mangsa belum didedahkan ketika ini kerana tumpuan diberikan terhadap operasi menyelamat.

Difahamkan, latihan taktikal itu merupakan sebahagian daripada usaha Nato dalam meningkatkan operasi udara tentera yang terlibat.

F16, Kemalangan Pesawat, Nato

Artikel Sebelum

Zoo Tawar Khidmat 'Urutan' Ular

Artikel Berikut

Artikel Lain