suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kediaman Mewah, Lokasi Pertemuan Puteri Diana, Dodi Al Fayed Dijual

KEDIAMAN mewah yang menjadi lokasi percintaan Puteri Diana dan Dodi Al Fayed berputik iaitu Castle St Therese akan dijual pada harga £70 juta (RM378 juta).

Jurucakap keluarga Al Fayed memberitahu, walaupun kediaman mewah yang mempunyai 30 bilik di St Tropez itu merupakan lokasi pertama pertemuan pasangan berkenaan, namun mereka kini bersedia untuk menjualnya.

"Al Fayed telah membuat keputusan yang sukar selepas berfikir panjang. Ia (kediaman) mempunyai kenangan pahit manis baginya.

"Dia dan keluarga telah menikmati kegembiraan di St Tropez dan sentiasa mengingati kenangan manis pada musim panas 1997, walaupun ia berakhir dengan kesedihan," jelas wakil jutawan Mesir berkenaan.

Diana dan Dodi dilaporkan sempat berada di kediaman tersebut sebelum maut dalam kemalangan di Paris, beberapa hari kemudian.



Artikel Berikut

Artikel Lain