suria

"Kenji Bukan Musuh Islam" - Ibu Tahanan IS

Imej yang diambil daripada video dalam talian yang dikeluarkan oleh kumpulan IS pada Selasa. Rakaman itu menunjukkan kumpulan itu mengancam untuk membunuh dua tebusan Jepun yang dikenal pasti sebagai Kenji Goto (kiri) dan Haruna Yukawa (kanan).

TOKYO: Ibu kepada salah seorang rakyat Jepun yang ditahan oleh militan Negara Islam (IS) menggesa supaya kerajaan negaranya membayar wang tebusan bagi membebaskan anaknya itu.

Dalam tempoh berbaki kurang beberapa jam sebelum tarikh akhir yang diberikan oleh pihak militan itu tamat, Junko Ishido berkata anaknya yang merupakan seorang wartawan bebas, Kenji Goto adalah 'sahabat kepada Islam'.

Menurut ibunya, Kenji menghabiskan masanya untuk membantu kanak-kanak di zon perang.

"Ingin saya katakan kepada anda pihak IS, Kenji bukan musuh anda. Tolong lepaskan dia.

"Kenji sentiasa berharap untuk menyelamatkan kehidupan kanak-kanak di medan perang. Dia membuat liputan dari sudut yang neutral," katanya.

Pada awal minggu ini militan IS mengeluarkan klip video memaparkan Kenji dan seorang lagi tebusan rakyat Jepun, Haruna Yukawa kelihatan sedang melutut di padang pasir sambil seorang lelaki lain mengacukan pisau terhadap mereka.

Militan Negara Islam (IS)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Presiden Yaman Letak Jawatan

Artikel Lain