suria

Nasib Yingluck Diketahui Esok

Yingluck Shinawatra.
BANGKOK: Nasib bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dalam politik akan diputuskan pada Jumaat oleh 220 anggota Dewan Perundangan Kebangsaan (NLA), 109 daripada mereka terdiri daripada pegawai tentera.

Yingluck mengemukakan kenyataan penutupnya kepada NLA pagi Khamis bagi mempertahankan diri terhadap usul mendakwanya berhubung masalah skim subsidi padi, yang mengakibatkan negara ini mengalami kerugian besar dan sebahagian besar stok penimbal beras tidak terjual.

Skim itu, yang menyaksikan kerajaan membeli padi pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran, ditamatkan pemerintah tentera yang mengguling Yingluck dalam rampasan kuasa pada Mei tahun lepas.

Usul itu dikemukakan Jawatankuasa Antirasuah Negara (NACC). 

Yingluck bertegas bahawa dasar itu baik untuk ekonomi dan memberi lebih banyak pendapatan kepada petani. Melalui kenyataan itu, beliau menafikan semua tuduhan terhadapnya.

Sementara itu, presiden NLA Pornpetch Wichitcholcha berkata selain kes Yingluck, anggota dewan itu juga akan mengundi bagi dua kes lain.

Kes berkenaan melibatkan bekas Speaker Dewan Somsak Kiatsuranont dan bekas Speaker Senat Nikom Wairatpanij, yang menghadapi undi untuk mendakwa mereka berhubung penglibatan mereka dalam rang undang-undang pindaan perlembagaan agar yang memerlukan semua anggota Senat terdiri daripada mereka yang dipilih, berbanding separuh sahaja yang dilantik seperti yang termaktub dalam Piagam 2010.

Menurut akhbar Bangkok Post, lebih 60 peratus responden dalam kaji selidik Institut Pembangunan Pentadbiran Negara menjangka Yingluck akan disingkir.

Bagaimanapun, orang ramai meramalkan kekacauan tidak akan tercetus akibat kes itu.

Sementara itu, Supant Monkolsuthee, pengerusi Persekutuan Industri Thiland (FTI), berkata walau apa pun keputusan pengundian, pasti ada pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju. Katanya masalah tidak akan timbul jika bantahan tidak diadakan.

"Hari ini, kami kena akui bahawa ekonomi negara kami tidak begitu baik. Sekiranya berlaku bantahan dan kacau-bilau, ekonomi akan rosak," katanya apabila diminta mengulas tentang isu itu pada sidang akhbar Rabu.

Yingluck Shinawatra, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Lain