suria

Bas Sekolah Dirempuh Kereta Api, Lima Murid Maut

LUCKNOW, India: Lima kanak-kanak terbunuh apabila bas sekolah yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta api utara India, pada Khamis.

Dalam kemalangan di Uttar Pradesh itu, seramai 13 lagi termasuk pemandu bas dibawa ke hospital akibat kecederaan.

"Ketika kemalangan itu berlaku pada waktu pagi, lokasi tersebut agak berkabus.

"Seramai lima kanak-kanak maut manakala 13 lagi termasuk pemandu bas cedera parah. Mereka kini sedang dirawat di hospital daerah," kata pegawai penerangan daerah, Jitendra Pratap Singh.

Menurut laporan media, seramai lebih 20 murid sekolah rendah berada di dalam bas berkenaan ketika kemalangan berlaku.

Jalan raya di India merupakan antara yang bahaya dan kerajaan negara itu mendedahkan seramai 166,506 rakyatnya maut akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu. 


Lucknow, India

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain