suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Richard Branson

MOJAVE (Amerika Syarikat): Jutawan British, Richard Branson menegaskan impiannya untuk mewujudkan penerbangan komersial ke ruang angkasa masih belum terpadam walaupun seorang juruterbang maut manakala dua lagi cedera dalam sesi ujian pada Jumaat.

Pesawat SpaceShipTwo milik Virgin Galactic meletup selepas dua minit berlepas ke udara dalam sesi ujian bahan api di sini.



Branson yang ditemui pemberita di hab program angkasa Virgin Galactic berkata, impiannya untuk membawa penumpang komersial ke ruang angkasa masih belum terpadam dan soal keselamatan merupakan tumpuan utama.

"Kami memahami risikonya dan tidak akan bertindak membuta dalam hal ini.

"Keselamatan sentiasa menjadi perkara utama dalam menyiapkan misi ke ruang angkasa. Kami juga terhutang budi kepada juruterbang," katanya.

Seramai 700 penumpang telah membuat tempahan untuk menerokai ruang angkasa bersama Virgin Galactic dan ia termasuklah Justin Bieber dan Lady Gaga.



Virgin Galactic, Richard Branson

Artikel Sebelum

Artikel Lain