suria

Juruterbang Terkorban Kapal Angkasa Virgin Terhempas

LOS ANGELES: Kapal angkasa perintis Virgin Galactic yang direka khusus untuk membawa pelancong ke angkasa terhempas di California, Jumaat, membunuh salah seorang daripada dua juruterbang.

Serpihan pesawat bertaburan di kawasan padang pasir.

Imej di televisyen menunjukkan bangkai SpaceShipTwo, kenderaan ujian yang terbang ke pinggir angkasa, di tengah-tengah kawasan semak di timur Mojave, beberapa jam pemanduan dari timur laut Los Angeles.

"Ruang angakasa adalah keras dan hari ini adalah hari yang sukar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Galactic, George Whitesides kepada pemberita pada taklimat media beberapa jam selepas kemalangan.

"Apabila kejadian yang tidak diingini berlaku daripada ujian komuniti, kita dapati ujian komuniti itu adalah sangat kecil ...dan kita adalah manusia, dan ia menyakitkan," kata Ketua Pelabuhan Angkasa dan Udara Mojave Stuart Witt.

Insiden itu adalah bencana yang kedua melibatkan kapal angkasa Amerika Syarikat minggu ini, selepas sebuah roket tanpa pemandu Orbital Sains yang membawa bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa meletup selepas pelancaran pada hari Selasa.

Ia juga adalah satu tamparan besar kepada jutawan British Richard Branson yang telah lama menyimpan impian menawarkan penerbangan pertama untuk penumpang ke angkasa lepas.

Ketua Virgin itu berkata beliau terus menuju ke tapak nahas, manakala Peronda Lebuh Raya California mengesahkan bahawa seorang juruterbang telah meninggal dunia dan seorang lagi cedera parah dan dibawa ke hospital.

"Ingatan daripada semua @virgingalactic ... Saya akan terbang ke Mojave segera untuk bersama pasukan," tulisnya di Twitter.

Whitesides kemudian mengatakan bahawa hartawan pengelilingan dunia itu dijangka tiba di Mojave pagi Sabtu.

Kapal angkasa itu telah membawa pesawat yang lebih besar dikenali sebagai WhiteKnightTwo dan kemudian dilepaskan untuk ujian enjin roket di atas padang pasir Mojave, dalam siri ujian terbaharu.

Witt memberitahu pemberita bahawa WhiteKnightTwo berlepas pukul 9.20 pagi, dan dibebaskan SpaceShipTwo pada ketinggian 45,000 kaki, pada pukul 10.10 pagi, selepas 50 minit penerbangan.

Dua minit kemudian Witt yang menonton dari pelabuhan angkasa, berkata jelas berlaku sesuatu yang tidak kena, walaupun tidak ada visual secara jelas.

"Jika terdapat satu letupan yang besar saya tidak melihatnya," katanya, sambil menambah: "Dari mata dan telinga saya, saya tidak ada apa-apa yang tidak normal yang dikesan."

Agensi keselamatan udara, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), berkata ia telah menghantar satu pasukan ke lokasi kemalangan.
kapal angkasa, Virgin Galactic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain