suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MP Tersalah Tweet, Penari Disangka Balotelli

Hinds disangkakan Baloteli (kanan) walaupun sebenarnya penyerang Liverpool itu sedang menjalani latihan di Melwood.
KEGHAIRAHAN wakil rakyat Britain, Guy Opperman memberitahu mengenai kehadiran penyerang Liverpool, Mario Balotelli di bangunan Parlimen menerusi Twitternya membawa padah apabila memalukan dirinya.

 

Menerusi tweet itu, anggota Parlimen itu memaklumkan pemain bolasepak dari Itali itu dikatakan berada di galeri awam di bangunan berkenaan dengan memakai kot dan kemeja merah jambu.

Wakil Parlimen Hexham itu bagaimana terkedu apabila diberitahu bahawa lelaki yang dilihatnya itu sebarnya adalah Ken Hinds, penari yang berusia 31 tahun lebih tua daripada Balotelli, 24.

Bercakap di luar bangunan Parlimen, Hinds, 55 berkata, dia hadir untuk mengikuti perbahasan mengenai dasar kerajaan berkaitan dadah.

Dia yang aktif dengan kerja amal mengakui ditemui beberapa wakil rakyat, malah ada yang bertanya sama ada dia adalah Balotelli.

"Saya terpaksa memberitahu perkara sebenar, bagaimanapun saya bangga kerana disamakan dengan seseorang yang hebat sepertinya (Balotelli)," katanya kepada Teleraph.

Jurucakap Kelab Bola Sepak Liverpool turut mengesahkan: "Mario Balotelli sedang menjalani latihan di Melwood."

Kata Hinds lagi, dia berada di bangunan Parlimen itu kerana tugasnya sebagai pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Haringey.


 

Artikel Berikut

Artikel Lain