suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CEO Apple Tim Cook Bangga Jadi Gay

Tim Cook

WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengaku sebagai seorang pengamal seks songsang dan berkata hasrat untuk memperjuangkan hak sama rata adalah falsafah peribadi dan perniagaannya.

Menurutnya, kecenderungan seksnya tidak pernah menjadi rahsia di syarikatnya.

"Biar saya jelaskan, Saya bangga menjadi gay dan saya anggap ia adalah hadiah kepada saya," kata Cook dalam satu kenyataan kepada Bloomberg BusinessWeek.

"Saya bernasib baik untuk bekerja di sebuah syarikat yang sukakan kreativiti dan inovasi serta menerima perbezaan. Tidak semua orang bernasib baik," katanya.

Cook mengambil alih pengurusan Apple pada 2011 selepas kematian bekas CEO, Steve Jobs.

Tim Cook, CEO Apple

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain