suria

Mark Zuckerberg Bertutur Bahasa Mandarin

PENGASAS Facebook, Mark Zuckerberg mengagumkan penonton di Universiti Tsinghua, Beijing dengan bercakap dan menjawab soalan dalam bahasa Mandarin.

Zuckerberg meraih populariti yang tinggi di China walaupun pengguna internet di negara itu disekat daripada mengakses Facebook.

Usahawan itu berada di Beijing bagi memenuhi peranannya sebagai ahli lembaga penasihat yang baharu dilantik oleh Universiti Tsinghua.

Sebagai sebahagian daripada peranannya itu, beliau mengadakan pertemuan dengan pelajar universiti berkenaan selama 30 minit.

Sesi soal jawab antara beliau dan para pelajar dikendalikan bahasa Mandarin.

Walaupun kebanyakan bersetuju bahawa sebutan beliau adalah jauh daripada fasih, namun mereka mengagumi usahanya itu.

Zuckerberg yang berkahwin dengan warga China-Amerika, Priscilla Chan mula mempelajari bahasa Mandarin pada 2010 bertujuan membolehkannya berkomunikasi dengan saudara-mara isterinya.

Mark Zuckerberg, Facebook, Mandarin

Artikel Lain