suria

Putin, Poroshenko Setuju Gencatan Senjata 'Kekal'

Putin (kiri) dan Poroshenko ketika mengadakan pertemuan di Minsk minggu lalu.
KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin dilaporkan bersetuju melaksanakan gencatan senjata 'kekal' bagi menamatkan konflik di timur negara itu.

Menurut pejabat presiden, persetujuan membabitkan  wilayah Donbass itu dicapai selepas rundingan di Minsk menemui jalan buntu minggu lalu.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan Kremlin pula berbeza apabila mendakwa kedua-dua pemimpin itu hanya bersetuju untuk membawa keamanan di wilayah bergolak berkenaan.

"Rusia tidak boleh bersetuju dengan gencatan senjata itu kerana mereka bukan pihak yang terlibat dalam konflik berkenaan," lapor agensi berita RIA.

Menurut AFP, sebelum ini, Kiev dan negara Barat pernah menuduh Moscow menghantar bekalan senjata kepada puak pemisah pro-Rusia, namun Putin menafikannya.

gencatan senjata, Ukraine, Rusia

Artikel Sebelum

11 Maut Akibat Tanah Runtuh

Artikel Berikut

Ahli Politik PAN Hamili Janda

Artikel Lain