Playboy Buas Taiwan Kena Penjara 79 Tahun - Dunia | mStar

Playboy Buas Taiwan Kena Penjara 79 Tahun

Justin Lee
SELEPAS berjaya mengelak daripada ditahan polis selama kira-kira tiga minggu, akhirnya seorang lelaki yang mendapat jolokan playboy Taiwan dihukum penjara 955 bulan atau hampir 80 tahun atas kesalahan merogol, lapor media.

 

Justin Lee yang juga anak hartawan terkenal di Taiwan disabitkan kesalahan menahan sejumlah wanita di rumahnya dan memberi bahan pengkhayal tertentu sebelum merogol mangsanya.

Aksi itu juga dirakam Lee menggunakan telefon bimbit dan peranti lain.

Difahamkan, antara yang menjadi mangsa Lee adalah model dan selebriti.

Perbicaraan yang berlangsung mendedahkan, Lee membiarkan mangsanya mabuk atau khayal di kelab malam serta pusat hiburan sebelum membawa mereka ke rumahnya dan melakukan pencabulan atau merogol mereka.

Justin Lee diiringi anggota polis ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Taiwan.

Mahkamah Tinggi Taiwan mengenakan hukuman penjara 79 tahun 7 bulan terhadapnya, iaitu hukuman lebih berat berbanding keputusan mahkamah terdahulu yang membicarakan kes berkenaan.

Lelaki itu juga diarah membayar pampasan AS1.15 juta (RM3.66 juta) kepada mangsanya.

Siasatan ke atas Lee dibuat selepas seorang daripada mangsa mengadu kepada polis.

Polis kemudian menemui video seks tersimpan dalam komputer serta telefon bimbit Lee sejak 2012, namun dia enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Sebaliknya Lee melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah rakannya dan hanya menyerah diri selepas 23 hari diburu.

Walaupun dihukum penjara hampir 80 tahun, Lee hanya perlu menjalani hukuman 30 tahun kerana ia adalah peruntukan maksimum bagi kesalahan seumpama itu.

 

playboy , Justin Lee , penjara

Artikel Sebelum

Ahli Politik PAN Hamili Janda

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain