suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teknologi Pencetak 3D Pelengkap Tempurung Kepala

SEORANG petani di China yang kehilangan sebahagian tempurung kepalanya kini mampu tersenyum semula apabila bakal mendapatkan kembali bentuk asal kepalanya menggunakan teknologi pencetak 3D.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Hu mengalami kecacatan dibahagian kiri mukanya kerana tempurung kepalanya terpaksa dibuang selepas terjatuh dari tingkat 3 rumahnya di Xian, wilayah Shaanxi, China.

Namun, doktor kini merancang untuk mengembalikan bentuk asal kepalanya menggunakan teknologi jaringan titanium yang dihasilkan menggunakan kaedah pencetak 3D.


Jaringan tersebut akan dimasukkan di bawah kulit dan dilekatkan pada tempurung kepalanya.

Proses itu bukanlah yang pertama dilakukan bagi membantu pesakit mengembalikan bentuk asal kepala mereka sejak kebelakangan ini.

Pada minggu lalu, seorang pakar bedah di China berjaya mencipta dan mengimplan sebahagian daripada vertebra tiruan terhadap seorang pesakit kanser pada usia muda dalam satu proses pembedahan yang membolehkannya berjalan semula.

tempurung kepala, pencetak 3D, China

Artikel Sebelum

Artikel Lain