suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fanatik K-Pop: Remaja Korea Selatan Rela Ubah Wajah

Perubahan wajah ketara remaja Korea Selatan selepas menjalani pembedahan plastik, semata-mata kerana pengaruh K-Pop. Gambar Hiasan.
MEMANG sudah diketahui umum bahawa populariti budaya K-Pop menular ke seluruh dunia dan ia banyak disumbangkan oleh kecanggihan teknologi pembedahan bagi membentuk wajah cantik dan menarik.

Keadaan itu menyebabkan sesetengah pihak percaya sebahagian remaja Korea Selatan lebih cenderung membelanjakan wang simpanan untuk menjalani pembedahan plastik berbanding melancong ke luar negara selepas menamatkan persekolahan peringkat menengah.

Permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan juga menyebabkan bisnes pembedahan plastik berkembang maju dan lumayan.

Di Korea Selatan, klinik pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah boleh ditemui hampir di mana saja, termasuk kawasan mewah dan eksklusif di Gangnam.

Selain menjadi pusat tumpuan beli-belah dan hiburan di kalangan golongan elit, Gangnam juga seolah-olah syurga pembedahan plastik.

Malah, satu daripada klinik pembedahan plastik di Gangnam menyimpan dua bekas kaca besar berisi tulang rahang pelanggan yang dibuang.



Melalui gambar yang disiarkan di Internet, bekas kaca itu mengandungi ribuan tulang rahang penduduk setempat yang ingin mencantikkan wajah masing-masing.

Klinik berkenaan juga kelihatan berbangga mempamerkan koleksi tulang rahang itu di dalam premis mereka - mungkin untuk menarik keyakinan pelanggan yang berkunjung.

Antara lain, koleksi ribuan rahang itu menjadi bukti bahawa klinik berkenaan sudah beroperasi dengan selamat sejak sekian lama dan mendapat keyakinan ramai. 


Artikel Lain