suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Kematian Di Gaza Melebihi 2,000 Orang

Gambar fail menunjukkan rakyat Palestin mengadakan solat jenazah terhadap mereka yang terbunuh akibat serangan Israel di Gaza. Foto AP

BANDAR GAZA, (Wilayah Palestin): Angka kematian di wilayah bergolak Gaza kini melebihi 2,000 orang pada Isnin, kata Kementerian Kesihatan.

Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, sejumlah 2,016 orang terbunuh dan 10,196 lagi cedera.

Tambah kenyataan itu, antara yang maut adalah 541 kanak-kanak, 250 wanita dan 95 lelaki warga emas.

Angka kematian itu melonjak daripada 1,980 selepas sejumlah orang meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami mereka ketika mendapat rawatan di beberapa hospital seluruh Gaza, termasuk Kaherah dan Baitulmuqaddis. - AFP

Gaza, angka kematian

Artikel Lain