suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Thai Airways Mendarat Cemas Di Bali, Tingkap Kokpit Retak

Pesawat Thai Airways. Foto airplane-pictures.net

DENPASAR (Indonesia): Sebuah pesawat Thai Airways dalam penerbangannya dari Sydney ke Bangkok terpaksa melakukan pendaratan cemas di Bali, Indonesia selepas menyedari terdapat retakan pada cermin tingkap kokpit, menurut syarikat penerbangan itu pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, pesawat Boeing 747 yang membawa seramai 273 penumpang dan 21 kru itu, sedang melalui penerbangan selama enam jam pada Selasa apabila kapten menemui kesan retak tersebut dan membuat keputusan untuk mendarat di Bali.

Seorang jurucakap bagi lapangan terbang di Bali memberitahu bahawa pendaratan pesawat itu dilakukan pada pukul 5 petang waktu tempatan yang menyifatkannya sebagai "gangguan kecil".

Tiada kecederaan dilaporkan dan para penumpang ditempatkan di sebuah hotel di Bali untuk satu malam.

Mereka kemudiannya diterbangkan ke Bangkok menggunakan pesawat lain pada Rabu.

Thai Airways berkata, syarikat penerbangan itu menghantar satu pasukan penyiasat ke Bali untuk menyiasat insiden itu dan mengawasi pertukaran cermin tingkap yang retak. - AFP


Thai Airways, Tingkap Kokpit

Artikel Sebelum

Artikel Lain