Pelanggan Restoran Pizza Diusir Keluar, Tukar Lampin Anak Di Meja Makan

SEORANG ibu diusir keluar dari sebuah restoran pizza kerana menukar lampin kotor anak perempuannya di meja makan.

Miranda Sowers dan tiga anaknya diusir keluar dari Brother's Pizza Express di Spring, Texas, selepas dia bertindak menukar lampin anak perempuannya yang berusia empat bulan di meja makan.

Ketika kejadian, Sowers sedang menjamu selera bersama anak-anaknya di restoran berkenaan.

Bercakap kepada stesen berita Texas, KHOU, dia pada awalnya membawa anaknya ke tandas di restoran berkenaan tetapi mendapati ia tiada ruang penukaran lampin.

"Saya mempunyai pelapik saya sendiri, dia (anak) kecil, muat di atas kerusi. Jadi, saya cepat baringkan dia dan menukarkan lampin secara diam-diam," katanya.

Pengurus restoran, Donny Lala berkata, pekerjanya membuat keputusan tepat mengusir wanita itu.

"Sebaik sahaja anda membuka lampin itu, pelanggan-pelanggan mula mengadu mengenai bau busuk. Pelanggan muntah (kerana bau busuk) adalah perkara terakhir yang saya mahu dengar," katanya kepada Sowers.

Sowers bagaimanapun tidak membiarkan insiden diusir dari restoran tersebut begitu sahaja, sebaliknya dia memfailkan aduan dengan Biro Perniagaan Lebih Baik. - mirror.co.uk

diusir keluar, tukar lampin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik