suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Kematian Gempa Bumi China Kini 589 Orang

Pasukan keselamatan membawa keluar mayat yang tertimbus dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang melanda wilayah Yunnan di China. Foto AFP

BEIJING: Sekurang-kurangnya 589 orang maut dalam kejadian gempa bumi di Yunnan, kata pegawai pada Rabu.

"Setakat pukul 10.30 pagi Rabu... 589 orang maut," katanya mengenai gempa bumi berukuran 6,1 magnitud menggegarkan barat daya wilayah Yunnan, kata Kementerian Hal Ehwal Awam China di laman webnya.

Bagaimanapun, tiada penjelasan mengenai jumlah kematian yang meningkat mendadak daripada 410 orang pada Selasa, meskipun pasukan penyelamat menjalankan operasi membawa keluar mayat dari timbunan runtuhan kediaman.

Menurut kementerian itu, seramai 2,401 orang di wilayah itu cedera akibat gempa bumi itu, dan 230,000 telah dipindahkan, manakala lebih 80,000 kediaman runtuh. - AFP

Yunnan, gempa bumi

Artikel Lain