suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konflik Syria: Arab Saudi Beri AS$1 Bilion Kepada Lubnan Perkukuh Keselamatan

Saad Hariri.

JEDDAH (Arab Saudi): Arab Saudi memberi bantuan sebanyak AS$1 bilion (RM3.2 bilion) kepada tentera Lubnan bagi memperkukuhkan keselamatan negara itu di sempadan Syria, kata bekas Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri.

"Raja Arab Saudi, Raja Abdullah telah memaklumkan kepada saya mengenai keputusannya yang bermurah hati untuk menyediakan satu bilion dolar kepada tentera Lubnan dan pasukan keselamatan negara untuk memperkukuhkan keupayaannya bagi memelihara keselamatan Lubnan," katanya kepada pemberita di Jeddah pada Rabu.

Bercakap dari istana Raja Abdullah di bandar Laut Merah, Arab Saudi, ahli politik berpengaruh dari puak Sunni itu berkata: "kita telah menerima bantuan ini." - AFP

Saad Hariri, Raja Abdullah

Artikel Berikut

Artikel Lain