PBB Gesa Tempoh Gencatan Senjata Dilanjutkan

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengalu-alukan gencatan senjata selama 12 jam dalam konflik Gaza bagi membolehkan sukarelawan menghantar bantuan kemanusiaan.

Pada masa sama beliau turut meminta agar pihak terbabit melanjutkan tempoh gencatan senjata itu kepada seminggu bagi membolehkan rundingan ke arah keamanan yang lebih lama disambung semula.

Ban dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya, berkata berdasarkan rakaman imej yang diterima, penduduk Gaza berusaha melaksanakan pelbagai perkara sepanjang tempoh gencatan senjata yang berakhir Sabtu, termasuk mengebumikan mayat.

Keadaan itu kata beliau membayangkan betapa perlunya semua pihak terlibat mengumumkan gencatan senjata selama tujuh hari di Gaza sebagai langkah awal dalam memperbaharui proses politik ke arah mencapai keamanan yang lebih lama, atau setidak-tidaknya melanjutkan tempoh gencatan senjata kemanusiaan yang diumum tersebut.

Ban yang baharu mengakhiri lawatan selama enam hari ke Timur Tengah berkata sudah tiba masanya untuk semua pihak dalam konflik itu menamatkan perang dan mula berbincang.

Semasa lawatannya, Ban dilapor memberi penekanan akan betapa pentingnya pencerobohan selama 47 tahun dan kepungan ke atas Gaza ditamatkan, selain memastikan keselamatan berasaskan keperluan yang diiktiraf bersama dan mencapai penyelesaian yang membolehkan Israel dan Palestin tinggal sebelah-menyebelah dalam keadaan aman dan selamat.

Sementara itu, Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNWRA) melaporkan serangan terkini Israel ke atas Gaza yang didiami oleh 1.8 juta penduduk tersebut menyebabkan ratusan terbunuh dan ribuan lagi cedera, manakala badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa berkata jumlah orang awam Palestin yang terbunuh dalam kempen keganasan Israel itu melebihi 1,000 orang.

Lebih 170,000 penduduk kini berlindung di sekolah-sekolah UNRWA akibat siri keganasan terbaharu rejim Israel itu.
PBB, Gaza, Palestin, Israel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain