suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gunung Berapi Nishinoshima Muntahkan Abu Setinggi 2,000 Meter

Gunung berapi Nishinoshima.
TOKYO: Sebuah gunung berapi di pesisir pantai selatan Jepun terus aktif dengan memuntahkan lahar ke laut, berdasarkan imej yang berjaya dirakamkan pada Jumaat.

Nishinoshima, yang terletak kira-kira 1,000 kilometer di selatan Tokyo, bersambung dengan sebuah pulau gunung berapi kecil yang terbentuk pada November lalu.

Keluasan terbaharu pulau tersebut kini berukuran 1.26 kilometer persegi, kata pengawal pantai Jepun. 

Imej agensi itu menunjukkan beberapa kawah di Gunung Nishinoshima memuntahkan abu setinggi 2,000 meter dan mengalirkan lahar ke laut. 

Nishinoshima dianggarkan berusia 10 juta tahun. - AFP
gunung berapi Nishinoshima

Artikel Lain