suria

MH17: Kejayaan PM Capai Persetujuan Dengan Pemisah Ukraine Dipuji

Najib Tun Razak. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR

NEW York Times melaporkan kejayaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat persetujuan bersama menerusi rundingan yang dibuat dengan pemisah Ukraine supaya menyerahkan mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dan dua kotak hitam milik pesawat itu disifatkan melebihi kemampuan kuasa besar.

Malaysia telah mencapai tiga persetujuan penting dengan pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas berhubung pesawat malang MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis lalu.

Selain pengurusan mayat mangsa-mangsa MH17 dan hak penjagaan kotak hitam, rundingan berkenaan turut bersetuju memberi akses kepada para penyiasat bebas antarabangsa ke kawasan lokasi nahas.

Najib dalam sidang akhbar di Seri Perdana pada lewat malam Isnin berkata, beliau telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah di mana tragedi itu berlaku dan telah bersetuju dengan perkara-perkara berikut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain