suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gambar Selfie Pertama Di Angkasa Curi Tumpuan

HARI ini, 21 Julai menyaksikan ulang tahun ke-45 lelaki pertama menjejakkan kaki ke bulan tetapi mungkinkah sesuatu yang lain lebih penting untuk disambut apabila timbulnya gambar ‘selfie’ pertama di angkasa?

Walaupun angkasawan, Buzz Aldrin merupakan lelaki kedua yang menjejaki bulan selepas Neil Armstrong, tetapi Aldrin dilihat mencuri tumpuan ramai terhadap Armstrong kerana gambar selfienya.

Beliau memuat naik sekeping gambar ‘selfie’nya di Twitter dan menyifatkan sebagai ‘Gambar Selfie Yang Pernah Ada’.


Gambar ‘Selfie’ itu dirakamkan dalam satu misi pada 1966, tiga tahun sebelum Armstrong menjejakkan kaki ke bulan.

Di Twitter milik Aldrin @TheRealBuzz, beliau berkata: “Did you know I took the first space selfie during Gemini 12 mission in 1966? BEST SELFIE EVER. (Adakah anda tahu saya pernah mengambil ‘selfie’ di angkasa yang pertama semasa misi Gemini 12 pada 1966? SELFIE TERBAIK PERNAH ADA.” – metro.co.uk

selfie, Buzz Aldrin, Neil Armstrong

Artikel Lain