suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

India Simpati Nasib Keluarga Penumpang, Kru Pesawat MH17

Narendra Modi.
NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi melahirkan rasa simpati dan sokongan kepada keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis.

"Ingatan dan doa kami di atas kehilangan keluarga pesawat MH17. Kami bersama-sama mereka ketika saat sedih ini," katanya dalam Twitter.

Pesawat MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terjatuh di Ukraine. Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Jumaat berkata pihak berkuasa Ukraine percaya Boeing 777 telah ditembak.

MH17 meninggalkan Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.

MH17, MAS, India

Artikel Lain