suria

Obama Bimbang Keadaan Lebih Buruk Di Gaza

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada Jumaat memberitahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa beliau bimbang pertelangahan Israel dengan Hamas di Gaza bertukar menjadi lebih buruk.

Sehubungan itu, AS menurut Obama menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi mencapai gencatan senjata bagi kedua-dua pihak. 

Obama memberitahu pemimpin Israel itu selepas pesawat tentera negara itu berterusan membedil Palestin sehingga mengusarkan dunia yang akan membawa lebih banyak pertumpahan darah di Palestin. 

“Presiden melahirkan kebimbangan mengenai risiko pada masa depan yang boleh mencetuskan ketegangan. 

"Beliau menekankan pentingnya semua pihak berbuat sesuatu untuk melindungi nyawa orang awam dan mengembalikan semula keamanan," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan. 

Menurut kenyataan itu, AS turut bersedia memberi pertolongan ke arah gencatan senjata, termasuk kembali kepada perjanjian gencatan pada November 2012.

Menerusi gencatan senjata pada 2012, ia diketuai bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton dan Mesir sehingga menamatkan lapan hari serangan udara Israel terhadap Hamas. 

Dalam kenyataan Rumah Putih itu, Obama juga memberitahu Netanyahu bahawa beliau memahami bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri.

Sehubungan itu beliau turut mengutuk serangan oleh Hamas dan kumpulan militan lain dari Gaza.
Barack Obama, Gaza

Artikel Berikut

Artikel Lain