suria

Gaza Terus Dibedil, Angka Korban Meningkat 57

GAZA CITY: Tujuh terkorban dalam serangan udara oleh Israel di Semenanjung Gaza awal hari Khamis.

Serangan tiga hari berturut-turut itu menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban meningkat kepada 57 orang mangsa.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberikan amaran serangan akan ditingkatkan walaupun setakat ini tiada korban membabitkan Israel.

Presiden Palestin Mahmud Abbas menuduh Israel sengaja melakukan serangan tersebut dan dalam pada masa sama pergerakan Hamas terus melancarkan roketnya ke arah Israel.

Roket yang dilancarkan menyebabkan siren dibunyikan di beberapa bandar utama sehingga bunyinya didengari dari Gaza, Tel Aviv, Baitulmuqaddis, dan Haifa.
Hamas, Israel, Gaza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain