suria

Fifa Tahan 2 'Ulat' Tiket

RIO DE JANEIRO: Fifa menahan dua individu kerana dipercayai menjadi ulat tiket dengan menjual semula tiket Piala Dunia 2014 di kawasan hotel penginapan rasmi badan bola sepak itu.


Insiden itu terbongkar apabila kegiatan ulat tiket itu dikesan pegawai badan bola sepak dunia itu yang menetap di hotel berkenaan.

Dua suspek berkenaan menawarkan tiket daripada sumber yang berlainan, termasuk penaja Fifa dan Persekutuan Bola Sepak Brazil.

Kedua-duanya juga sering berlegar-legar di sekitar kawasan awam hotel Rio Sofitel, kata pengarah pemasaran Fifa, Thierry Weil.

“Agak memeranjatkan kerana tiket itu ditawarkan di hotel penginapan rasmi pegawai Fifa," kata Weil.

Beliau berkata, Fifa terus menghubungi polis dan menahan pasangan suspek berkenaan yang salah seorangnya boleh bertutur bahasa Perancis.

Berdasarkan pemeriksaan, pihaknya juga merampas 50 keping tiket, bagaimanapun Weil enggan mendedahkan nama syarikat atau pertubuhan yang menjadi pemilik asal tiket berkenaan.

ulat tiket, Fifa, Hotel Rio Sofitel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain