suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Cemas Tertelan Telefon Bimbit

PANGGILAN kecemasan yang diterima di Afrika Selatan ini luar biasa sekali apabila kecuaian seorang lelaki menyebabkan telefon bimbit tersangkut dalam mulutnya.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki cemas apabila dikatakan tertelan telefon bimbitnya jenis Blackberry hingga ia tersangkut di tekak lelaki itu.

Sebaik tiba di hospital, doktor yang mengendalikan kes itu tidak dapat menahan ketawa melihatkan keadaan lelaki itu sambil berusaha mengeluarkan telefon bimbit itu dari mulut lelaki berkenaan.

Rakaman video menunjukkan pesakit dari Klerksdorp itu terbaring sambil mulutnya terbuka dan dikelilingi paramedik untuk menyaksikan prosedur yang lain daripada lain itu, malah ada dalam kalangan petugas hospital itu yang merakamkan kejadian itu menerusi telefon bimbit mereka.

Dapat didengar ketawa beberapa petugas hospital itu ketika forseps digunakan untuk menarik keluar telefon bimbit dari mulut pesakit itu.

Rakaman oleh Edwin Shingo yang menyaksikan prosedur unik pada 2012 itu menjadi viral hujung minggu lalu selepas video itu dikonsi pada laman LiveLeak.


Artikel Lain