suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Panda Ramal Keputusan Piala Dunia 2014

Gambar Hiasan

Beijing: Haiwan kebanggaan China, panda akan digunakan untuk meramal keputusan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2014.

Agensi berita Xinhua melaporkan, anak panda berkenaan akan meramalkan pemenang sesuatu perlawanan dengan memilih makanan dari bakul yang disediakan dan memanjat pokok di pusat pemeliharaan panda di Sichuan.

Dengan cara itu, China berharap haiwan itu dapat menandingi kemampuan dan populariti Paul, sotong Jerman yang meramalkan dengan betul keputusan beberapa perlawanan Piala Dunia 2010 dengan menggunakan sesungutnya.

Pada perlawanan peringkat kumpulan, panda berusia antara satu hingga dua tahun akan memilih makanan dari tiga bakul buluh, mewakili sama ada menang, kalah atau seri.

Seterusnya, untuk pusingan kalah mati, haiwan itu akan memilih pemenang dengan memanjat pokok yang ditanda dengan bendera kebangsaan negara yang bertanding.

Panda itu bagaimanapun mempunyai perjalanan yang jauh untuk menandingi Paul yang berjaya meramalkan keputusan perlawanan dengan memilih tiram daripada dua kotak yang bertanda bendera negara peserta.


Piala Dunia, anak panda, China

Artikel Berikut

Artikel Lain