suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

al-Sisi Presiden Baharu Mesir

Abdel Fattah al-Sisi
KAHERAH: Bekas Panglima Angkatan Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dipilih sebagai Presiden baharu Mesir.

Pemimpin tentera itu menang 96.9 peratus undi pada pilihan raya yang diadakan sejak kira-kira setahun selepas beliau menggulingkan Presiden Mohamed Morsi.

Bagaimanapun, pakatan parti Islam memboikot pilihan raya berkenaan.

Pengundian minggu lalu dilanjutkan selama tiga hari berikutan kebimbangan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Anwar Rashad al-Asi berkata, sebanyak 47.45 peratus keluar mengundi pada pilihan raya berkenaan.

Kemenangan besar Sisi sudah dijangka dengan kebanyakan pengundi menyifatkan beliau sebagai wira kerana menamatkan pemerintahan Morsi pada Julai lalu.

Dalam pilihan raya itu, pencabar tunggal Sisi, Hamdeen Sabbahi hanya meraih tiga peratus undi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain