suria

Dua Maut, 21 Cedera Dalam Serangan Thailand

BANGKOK: Dua penunjuk perasaan anti kerajaan terbunuh dan 21 orang cedera dalam serangan senjata api dan bom awal pagi Khamis di sini, sekaligus mencetuskan kebimbangan mungkin berlakunya keganasan politik lebih teruk di negara bergolak itu.

Polis berkata, dua bom jenis M79 dilepaskan ke arah tapak perhimpunan penunjuk perasaan di Tugu Demokrasi dan diikuti tembakan senjata api. 

"Mangsa pertama ialah penunjuk perasaan yang tidur di Tugu Demokrasi manakala mangsa kedua ialah pengawal yang mati akibat ditembak," kata pegawai polis, Mejar Wallop Prathummuang. 

Sementara itu, dalam kenyataan di laman media, Pusat Kecemasan Erawan berkata, dua maut dan 21 yang cedera tetapi pihaknya enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya. 

Kematian terbaharu berkenaan dalam tempoh enam bulan tunjuk perasaan yang bertujuan menggulingkan kerajaan kini meningkat kepada 27 orang manakala beratus-ratus lagi mengalami kecederaan akibat terkena tembakan dan bom yang dikaitkan dengan tunjuk perasaan. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain