Calon Naib Presiden Berpasangan Dengan Jokowi Diumum Jumaat Ini

Jokowi.
JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) akan mengumumkan calon naib presiden yang berpasangan dengan calon presiden dari parti berkenaan, Joko Widodo atau Jokowi, pada Jumaat ini.

"Pengumuman itu akan dibuat pada 16 Mei. Jadi, kita tunggu dan lihat," kata Timbalan Setiausaha Agung PDI-P Ahmad Basarah di sini, Isnin. 

PDI-P, pada 14 Mac lepas mengumumkan bahawa Jokowi yang juga Gabenor Jakarta sebagai calon presiden parti tersebut bagi menghadapi Pemilihan Umum (Pemilu)
Presiden, 9 Julai depan. 

Keputusan tersebut mendapat restu daripada Ketua Umum PDI-P, Megawati Soekarnoputri. 

Ahmad Basarah berkata satu pertemuan peringkat pimpinan tertinggi PDI-P serta dua tokoh parti yang bersetuju untuk bergabung dengan PDI-P bagi menghadapi Pemilu Presiden itu, akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai perkara tersebut. 
 
Pertemuan itu, katanya, akan melibatkan Megawati, Jokowi, Ketua Umum Parti Nasional Demokrat (Nasdem), Surya Paloh; dan Ketua Umum Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) Muhaimin Iskandar. 
 
"Kami akan berbincang mengenai calon naib presiden yang paling sesuai untuk berpasangan dengan Jokowi. Sesiapa pun boleh mengemukakan nama calon namun keputusan muktamad di tangan Bu Mega (Megawati)," katanya. 

Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) telah menetapkan pendaftaran pencalonan presiden dan naib presiden untuk Pemilu Presiden, adalah dari 18 hingga 20 Mei ini. 

Jokowi, Pemilu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain