suria

Khofifah Kini Jurucakap Jokowi

Jokowi dan Khofifah sudah lama mengenali satu sama lain.

SURABAYA: Calon Presiden mewakili Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Joko 'Jokowi' Widodo melantik bekas menteri yang juga Pengerusi Nahdlatul Ulama (NU), Khofifah Indar Parawansa sebagai jurucakap beliau.

Gabenor Jakarta itu memaklumkan, beliau menyampaikan perkara itu kepada pemimpin pertubuhan Islam terbesar Indonesia itu ketika mengadakan pertemuan dengannya di Surabaya, Timur Jawa, pada Sabtu.

"Saya bertemunya untuk mendapat bantuannya sebagai seorang kawan dan beliau setuju. Jadi sekarang, beliau adalah jurucakap kepada Jokowi," katanya kepada ahli NU cawangan Surabaya yang berkumpul di kediaman Khofifah untuk menyambut kedatangan calon Presiden itu.

Jokowi kemudiannya meluangkan masa untuk mendengar permasalahan yang dikemukakan rakyat setempat terutama berkaitan pendidikan.

Sementara itu, Khofifah ketika ditanya mengenai tugas beliau sebagai jurucakap itu berkata, beliau akan membantu menyebarkan maklumat mengenai Jokowi termasuk berkaitan programnya kepada pengundi.

"Mungkin ramai yang tidak berpeluang untuk bertemu dengannya (Jokowi), jadi beliau perlukan jurucakap untuk membantunya memberi maklum balas kepada rakyat. Insya-Allah saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini," katanya.

Khofifah berkata, Jokowi mungkin akan melantik jurucakap untuk membantunya dalam bidang berbeza daripada segi kepakaran masing-masing seperti ekonomi hingga pendidikan.

Khofifah, Jokowi, NU, Presiden Indonesia, PDI-P

Artikel Lain